Nilai-nilai biasa Indeks biasan

Indeks-indeks biasan terpilih pada λ=589 nm. Bagi rujukan, lihat rencana Senarai indeks biasan.
Bahan-bahann
Gas-gas pada 0 °C dan 1 atm
Udara1.000 293
Helium1.000 036
Hidrogen1.000 132
Karbon dioksida1.000 45
Cecair-cecair pada 20 °C
Air1.333
Etanol1.36
Benzena1.501
Pepejal-pepejal
Ais1.309
Silika terlakur1.46
PMMA (Plexiglas)1.49
Kaca mahkota (biasa)1.52
Kaca batu api (biasa)1.62
Berlian2.42

Bagi cahaya tampak kebanyakan bahan lutsinar memiliki indeks biasan di antara 1 dan 2. Beberapa contoh diberikan dalam jadual di sebelah kanan. Nilai-nilai ini diukur pada garis D natrium kuning berpasang dengan panjang gelombang 589 nanometer, seperti yang biasanya dilakukan. Gas-gas pada tekanan atmosfera mempunyai indeks biasan hampir dengan 1 disebabkan ketumpatannya yang rendah. Hampir semua pepejal dan cecair memiliki indeks biasan lebih daripada 1.3, dengan pengecualian aerogel. Aerogel ialah pepejal berketumpatan sangat rendah yang boleh dihasilkan dengan indeks biasan di antara 1.002 hingga 1.265.[10] Berlian pula terletak pada hujung yang lain julat dengan indeks biasan 2.42. Kebanyakan plastik memiliki indeks biasan antara 1.3 hingga 1.7, tetapi sesetengah polimer berindeks biasan tinggi boleh mencapai nilai setinggi 1.76.[11]

Bagi cahaya inframerah indeks biasan boleh jadi lebih tinggi. Germanium dikira sebagai lutsinar dalam julat ini dan mempunyai indeks biasan lebih kurang 4, menjadikannya bahan yang penting dalam optik inframerah.

Indeks biasan kurang daripada 1

Salah anggap yang meluas berkenaan indeks biasan ialah ia tidak boleh kurang daripada 1 kerana menurut teori relativiti, tiada apa-apa yang boleh bergerak lebih laju daripada cahaya dalam vakum. Ini salah kerana indeks biasan mengukur halaju fasa cahaya, dan ia tidak membawa informasi. Halaju fasa ialah kelajuan pergerakan puncak-puncak gelombang dan boleh jadi lebih laju daripada kelajuan cahaya dalam vakum, oleh itu memberikannya indeks biasan kurang daripada 1. Ini boleh berlaku hampir dengan frekuensi resonans, bagi bahan penyerap, dalam plasma dan bagi sinar x. Bagi sinar x, indeks biasan adalah kurang daripada tetapi sangat hampir dengan 1 (kecuali jika hampir dengan frekuensi resonans).[12] Misalnya, air mempunyai indeks biasan 1 - 2.6 × 10-7 bagi sinar x dengan tenaga foton 30 keV (panjang gelombang 0.04 nanometer).[12]

Indeks biasan negatif

Kajian baru-baru ini juga telah menunjukkan kewujudan bahan dengan indeks biasan negatif, yang boleh berlaku sekiranya kebertelusan dan kebolehtelapan mempunyai nilai negatif serentak. Ini boleh dicapai dengan metabahan yang dihasilkan secara berkala. Pembiasan negatif yang terhasil (dengan kata lain, penerbalikan hukum Snell) menawarkan kemungkinan lensa lampau (superlens) dan fenomena-fenomena eksotik lain.

Rujukan

WikiPedia: Indeks biasan http://www.filmetrics.com/refractive-index-databas... http://books.google.com/books?id=GhpRAAAAYAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=GnAFAAAAQAAJ&prin... http://books.google.com/books?id=Lo4_AAAAcAAJ&prin... http://books.google.com/books?id=YPRZAAAAYAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=lMRSAAAAcAAJ&pg=P... http://books.google.com/books?id=lsdJAAAAMAAJ&pg=P... http://www.google.com/patents?vid=va2WAAAAEBAJ http://luxpop.com/ http://www.sopra-sa.com/